Home

lokasi syarikat kami




syarikat mizan sports E-shoppe Sdn Bhd beroperasi di bandar Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. kedudukan kedai kami adalah berhampiran dengan pasar raya Tesco iaitu di kawasan bandar baru lembah sireh, kota  bharu. kedudukan kadai kami adalah lebih kurang 9 KM daripada pusat bandar Kota Bharu. kedudukan ini amat strategik kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang mempunyai pengunjung yang ramai kerana berhampiran dengan kampung sireh, kampung pintu geng dan kampung kota lama. selain itu, kawasan itu juga terdapat kolej Masterskill dimana menempatkan hampir 5000 orang pelajar dipusat pengajian tersebut. kawasan ini juga menjadi perhatian kerana kawasannya adalah ditepi sungai Kelantan dan mempunyai sebuah restoran atas air yang berkonsepkan sebuah kapal peranginan. kedudukan yang strategik ini memberi kelebihan kepada kami kerana dari segi pengunjung yang ramai mengujungi kedai kami. selain itu, kawasan ini menpunyai jaringan pengangkutan yang baik memberi kemudahan kepada pelanggan untuk datang ke kedai kami.

bersukanlah dengan penuh gaya terkini...





No comments:

Post a Comment